Fasa pembentukan ribut petir Ribut petir

Rajah aliran udara semasa pembesaran awan kumulusRajah aliran udara semasa peringkat matangRajah aliran udara semasa peringkat penyingkiran
Gambar rajah menunjukkan proses pembentukan ribut petir

Terdapat 3 fasa utama dalam kejadian ribut petir:-

  • Pembesaran awan kumulus - Kebanyakan ribut petir mula terbentuk apabila awan kumulus mula membesar secara menegak. Pancaran matahari menyebabkan air mengewap dan "diangkat" naik ke langit. Awan kumulus akan terus membesar sehingga ketinggiannya melepasi takat beku serta udara panas yang naik tidak lagi mampu mengangkat wap air. Pada tahap inilah bahagian atas awan akan terserak, memberikan bentuk rakap kepada awan dan awan tersebut bertukar menjadi awan kumulonimbus.
  • Peringkat matang - Bahagian atas awan yang menyejuk menyebabkan wap air terpeluwap sehingga membentuk partikel ais. Partikel ais yang berat itu akan jatuh sebagai hujan, membawa bersama udara sejuk turun. Oleh kerana pada peringkat ini berlaku proses turun-naik udara di dalam awan secara serentak, gangguan berlaku di dalam awan, menghasilkan petir, kilat dan angin ricih. Sekiranya angin ricih yang kencang berlaku, awan ribut petir itu berkemungkinan akan membentuk puting beliung. Jika tiada angin ricih, hanya hujan, kilat dan petir sahaja yang terhasil dan akan berakhir dalam masa yang singkat.
  • Peringkat penyingkiran - Oleh kerana hujan yang turun telah menyejukkan udara di kawasan yang terlibat, tiada lagi aktiviti udara panas naik ke awan. Oleh kerana kebanyakan daripada kelembapan di dalam awan ribut sudah disingkirkan, ribut petir tidak dapat bertahan dan akan berakhir.